قال تعالى

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam!
" Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa ; tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
[Surah Al-Baqoroh: 163]

MISTERI ALAM JINN


Oleh: Al-Khalifah As-Sultan Syeikh Muhammad
Asal-usul Kejadian Jin

Dalam Al-Quran surah Ar-Rahman ayat 15, dinyatakan bahawa jin itu diciptakan dari pucuk api yang sangat panas..sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

Siapa Pasangan kepada Jaan?

Kalau pasangan Adam adalah Hawa, sementara Jaan, mengikut sumber yang tercatat di alam jin, Isteri kepada Jaan bernama Sajan yang juga diciptakan daripada api seperti halnya Jaan. Ini berbeza dengan Hawa yang diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam ‘Alaihis Salam..Daripada mereka berdua (Jaan dan Sajaan) itulah berkembang biaknya keturunan Jin samapai ke hari ini.

Orang melayu kebiasaannya mengenali jin melalui penyamaran2 yang dilakukan oleh kaum jin mengikut kebolehan jin2 tersebut. Contohnya hantu raya, hantu galah, pocong, Pontianak, langsuir,toyol  dan sebagainya..

Sebenarnya hakikat jin bukanlah sebagaimana yang di namakan oleh orang melayu kita.. tetapi gelaran2 hantu tersebut hanyalah permainan dan penyamaran kaum jin tertentu sahaja.

Mungkin kerana sebab itu, masyarakat kita sejak turun temurun terlalu takut dengan hantu..padahal hakikat jin yang sebenar mereka samalah macam manusia Cuma mungkin ada dikalangan mereka yang mempunyai rupa yang agak menakutkan bagi manusia. Khususnya jin2 kafir..

Tujuan Penciptaan Jin

Dalam Al-Quran dijelaskan bahawa Jin dan Manusia diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Dengan ini, jelaslah bahawa fahaman sesetengah pihak yang mengatakan jin itu syaitan dan syaitan itu adalah jin adalah menyimpang dari hakikat yang sebenar. Tidak semua jin adalah syaitan dan tidak semua syaitan adalah Jin! Di kalangan manusia juga ramai yang menjadi syaitan kerana syaitan itu adalah setiap makhluk jahat yang selalu  melampaui batasan syari’at Allah.
Allah SWT menciptakan Jin lebih dahulu dari manusia.
  

IBLIS


Ada dua pendapat utama tentang siapa itu Azazil (Iblis). Ada yang mengatakan iblis itu adalah Jaan, dan pendapat kedua mengatakan Iblis itu adalah salah seorang kuturunan Jaan. Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang kedua kerana bukti-bukti bertulis di alam jin.. Mengikut kefahaman penulis, Iblis adalah Jin-jin yang sangat jahat daripada keturunan Azazil yang derhaka dan enggan sujud/tunduk hormat kepada Bapa sekalian manusia iaitu Adam ‘Alaihissalam.. Semua keturunan Azazil adalah jahat dan mereka semua dipanggil iblis atau abaalisah. Oleh kerana mereka ini makhluk yang terlalu jahat, maka menyebabkan manusia bahkan jin apabila ingin mengatakan seseorang itu jahat mereka akan berkata seperti; kamu jahat macam iblis!..dan lain-lain perkataan seumpamanya.

Anak-anak Iblis Laknatullah..
Anak-anak iblis juga mempunyai kerajaan yang besar antaranya :

1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan
     silatulrahim,  rumah  tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah
    dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan

Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti :
1.    Mazhab
2.    Marrah
3.    Ahmar
4.    Burkhan
5.    Syamhurash
6.    Zubai’ah
7.    Maimon.
Empat raja Jin Ifrit yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah:
1.    Thamrith
2.     Munaliq
3.     Hadlabaajin
4.     Shughal.
Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah:
  1. Rukiyaail
  2. Jibriyaail
  3. Samsamaail
  4. Mikiyaail
  5. Sarifiyaail
  6. ‘Ainyaail
  7. Kasfiyaail.
Sebelum ini pernah Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Tetapi pada suatu ketika, Raja Jin tersebut telah mati disambar petir. Ini kerana dia termasuk dikalangan jin-jin kafir yang derhaka.
Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama MAITHOTORUN yang bergelar QUTBUL JALALAH.

GELARAN-GELARAN JIN DALAM MASYARAKAT MELAYU
1.    Hantu Raya
2.    Hantu Pontianak
3.    Hantu Polong
4.    Hantu Toyol
5.    Hantu Langsuir
6.     Hantu Penanggal
7.    Hantu Pelesit
8.    Hantu Air
9.    Hantu Bukit
10.                       Hantu Kubur
11.                       Hantu Pari
12.                       Hantu Punjut
13.                       Hantu Jerangkung
14.                       Hantu Laut
15.                       Hantu Bawah Tangga
16.                       Hantu Galah
17.                       Jin Tanah
18.                       Hantu Kum-Kum
19.                       Hantu Bungkus
20.                       Hantu Pocong
21.                       Hantu mati di bunuh
22.                       Hantu Bidai
23.                       Hantu pari-pari
24.                       Hantu Kopek ( Tetek )
25.                       Harimau Jadian
26.                       Jembalang Tanah
27.                       Hantu Tengelong
28.                       Hantu Guling

Hakikat sebenarnya nama-nama di atas digelar berdasarkan penyamaran jin mengikut kebolehan dan tabiat masing-masing. Sedangkan hakikat bentuk asalnya mungkin berbeza dengan apa yang dilihat oleh manusia.

Hakikat Rupa Bentuk Jin

Ada sesetengah pendapat mengatakan tiada siapa yang mengetahui hakikat rupa bentuk jin yang sebenar dengan berdalilkan salah satu ayat Quran yang mafhumnya; mereka melihat kamu sedangkan kamu tidak melihat mereka. Pada asasnya manusia tidak boleh melihat jin. Akan tetapi ada sesetengah manusia seperti para Nabi, para Wali dan golongan tertentu yang Allah kurniakan sedikit kelebihan untuk melihat perkara-perkara yang luar biasa alam ghaib seperti alam jin.

Antara hakikat rupa Jin yang sebenar:
1.    Rupanya sama dengan manusia
2.    Jin yang bertanduk
3.    Jin yang bersayap
4.    Buruk rupa

Dengan kebolehan yang diizinkan oleh Allah, Jin2 yang buruk rupa boleh merubah keadaannya menjadi sebaliknya. Begitu juga jin2 yang cantik/ baik rupa boleh merubah fizikal mereka menjadi buruk dan menakutkan. Contohnya menyamar menjadi Pontianak dan langsuir!

Ada sesetengah pihak berpendapat planet2 yang lain di angkasa lepas itu adalah langit pertama. Penulis kurang bersetuju dengan pandangan tersebut kerana mengikut pengalaman penulis, di angkasa lepas ada kehidupan jin., Jadi mustahil jin2 dapat menembusi langit sedangkan malaikat mengawal ketat pintu langit dari di masuki jin..Jin2 yang tinggal di planet2 lain di angkasa lepas mempunyai rupa yang sangat hodoh dan ganjil2..
Berdasarkan pengalaman penulis, saiz jin ada bermacam-macam. Sebagai contoh, jin zaman nabi Idris ketinggiannnya melepasi awan. Begitu juga jin zaman Nabi Nuh dan Nabi sulaiman.

Saiz jin yang paling kecil adalah sebesar bayi manusia. Selain dari saiz tersebut, itu hanyalah penyamaran mereka sahaja. Contohnya jin yang ditangkap akan mengecil dan boleh dimuatkan di dalam botol.

Jin juga akan mengecilkan saiz mereka sekiranya mereka membina/ tinggal di dalam tempat-tempat yang kecil seperti batu permata, batang pokok dan lain-lain.

Makanan  Jin

Jin juga sama macam manusia ada yang makan nasi, daging, ayam, sayur-sayuran, buah buahan dan lain-lain. Bagi Jin-jin Islam, makanan mereka adalah makanan yang baik2 dan bersih. Sebaliknya Jin2 bukan Islam makanannya dengan sendirinya adalah makanan yang buruk/busuk atau sisa-sisa makanan manusia. Sisa makanan manusia muslim yang makan dengan membaca Basmallah atau doa, maka pada pandangan jin2 Islam, sisa-sisa tersebut adalah makanan yang masih segar dan baru. Sebaliknya, bagi makanan yang dimakan tanpa membaca doa, sisa makanan tersebut merupakan makanan yang busuk dan buruk pada pandangan jin2 Islam dan baik pada pandangan Jin2 kafir..

Persoalan asap sebagai makanan Jin.

Ada sesetengah pihak berpendapat jin hanya makan tulang dan asap..Penulis kurang bersetuju dengan pandangan tersebut kerana kefahaman yang sebenar asap itu hanyalah ibarat rokok bagi manusia. Ada yang merokok dan ada yang tidak merokok. Bukan jin kafir saja hidu asap, tetapi ada juga jin-jin Islam yang suka menghidu asap sebagaimana manusia tanpa mengira agama ada yang merokok dan ada yang tidak merokok.

Tempat Tinggal Jin

Jin sebenarnya tinggal disekitar kehidupan manusia. Cuma manusia sahaja yang tidak nampak mereka. Ada jin yang tinggal di laut,udara, planet2 lain, bawah tanah dan lain2 lagi.
Iblis {Azazil} dan keturunannya membina kerajaan di dasar lautan iaitu di segitiga Bermuda sebagaimana masyhur diperkatakan oleh manusia tentang kepuakaan tempat tersebut.
Ramai yang bertanya di mana tinggalnya THOTHAMGHI YAM YA LI, berdasarkan pengalaman penulis, Raja semua jin tersebut tinggal di pulau Barmuda berdekatan dengan kawasan segitiga Bermuda dan menganut agama Kristian. Hanya jin2 kafir sahaja yang tunduk kepada raja jin tersebut. Itu pun tidak semua jin kenal siapa Thothamghi Yam Yali.
 Jin2 Islam pada hari ini telah mempunyai khalifah sendiri yang mereka ikuti taati.
Di udara pula tinggalnya jin2 bersayap yang membina rumah dan istana di atas awan dan sehingga ke luar atmosfera bumi..dan mereka jarang turun ke bumi.. Biasanya jin2 bersayap tidak menjejak kaki ke tanah. Ini kerana jika mereka berbuat demikian mereka menjadi lemah seperti orang yang kehilangan banyak tenaga. Di kalangan mereka ada yang muslim dan ada yang kafir.





IBLIS, SYAITAN DAN JIN

Menjawab beberapa persoalan;

1.   Siapakah Iblis?
2.   Siapakah Syaitan?
3.   Siapakah Jin?
4.   Adakah jin itu mati atau tidak?
5.   Bolehkah jin itu dibunuh?
6.   Apakah hokum bersahabat/berkawan dengan jin?

IBLIS, SYAITAN DAN JIN

Iblis adalah  merupakan bangsa jin yang paling jahat dari keturunan Azazil atau al-Harith (kedua nama tersebut menurut riwayat Ibnu Abbas) yang ingkar perintah Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam Alaihis-Salam. Pusat kekuasaan mereka adalah di tengah-tengah lautan yang dikenali sebagai segitiga bermuda. Tapi bukanlah bermakna semua jin yang tinggal di lautan itu jahat atau iblis..hanya yang dari keturunan Azazil sahaja yang digelar Iblis. Mereka adalah golongan yang paling jahat dikalangan jin. Sehinggakan dikalangan jin sendiri menyebut perumpamaan terhadap jin yang mekukan kejahatan seperti; “ Ia jahat seperti Iblis!”

Syaitan pula adalah gelaran/panggilan terhadap makhluk jahat yang  melakukan kerosakan dan penderhakaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala samada dari kalangan manusia atau jin. Setiap makhluk jahat, layak digelar syaitan. Syaitan yang paling bahaya adalah Qarin setiap insan kecuali qarin Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Qarin Nabi Muhammad adalah Muslim. Perlu difahami bahawa kerana Qarin tidak akan mati sehinggalah matinya seseorang. Qarin akan terkesan dengan kehidupan seseorang. Jika seseorang itu kuat agamanya, maka qarin akan menjadi kurus dan lemah. Tetapi, jika seseorang itu tiada imannya atau kurang agamanya, maka qarin yang bersamanya itu gemuk dan kuat. Syaitan dari kalangan jin bila dibaca ayat Al-Quran, mereka akan panas dan ramai yang terbakar. Tetapi Qarin tidak akan mati. Qarin bukan sahaja pada manusia, tetapi Qarin juga wujud bagi setiap jin.

Jin adalah salah satu makhluk Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sebagaimana firman Allah SWT:  “ Dan tidak aku ciptakan Jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” Jin diciptakan lebih awal dari penciptaan manusia. Jikalau manusia bapanya adalah Adam dan isterinya bernama Hawa, maka bapa Jin bernama Jaan  sementara Ibu pertama jin bernama Sajaan. Kedua mereka diciptakan daripada Api. Sebagaimana manusia, jin ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang muslim, ada juga yang kafir. Ramai orang salah faham tentang jin. Ada yang berangggapan bahawa jin itu adalah syaitan dan syaitan itu adalah jin. Ada juga yang menyebarkan hadis palsu; “ Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.”.Ini adalah salah faham yang mesti diperbetulkan supaya kita tidak terkeluar dari akhlaq islam yang sejati sebagaimana yang telah berlaku kepada salah satu keturunan jin yang bernama Azazil. Azazil sangat hampir dengan Allah. Tetapi sifat membesarkan dirinya itu menyebabkan Allah SWT melaknatinya dan akan kekal di dalam neraka.

Jin itu adalah makhluk sebagaimana makhluk yang lain. Sebagaimana manusia itu mati, jin juga akan mati. Allah SWT memberikan kelebihan kepada golongan jin dengan bermacam-macam kelebihan. Setiap jin berbeza kelebihannya dengan jin yang lain. Contohnya; Jin mempuanyai umur yang panjang sehingga boleh mencapai ribuan tahun. Sepanjang-panjang umur jin, bila tiba ajalnya, Ia akan mati juga. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “ Setiap jiwa pasti akan merasai mati.” Begitu juga jin akan mati apabila dibunuh atau terbunuh samada oleh bangsa jin sendiri atau oleh manusia.

Hukum membunuh jin tanpa sebab yang diharuskan syarak adalah berdosa besar. Boleh bunuh jika ada sebab yang diharuskan syarak.

Hukum berkawan atau bersahabat dengan bangsa jin adalah berbeza mengikut keadaan seseorang manusia/muslim tersebut. Ada orang hukum terhadapnya adalah haram; contohnya yang tidak mengetahui perihal jin yang sebenar ataupun yang bertujuan mengamalkan ilmu sihir. Ada sebahagian orang pula harus, wajib , makruh dan sunat baginya berkawan dengan jin. Hal ini bergantung kepada keadaan seseorang muslim tersebut dan kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah Azza Wa Jalla..




Menyingkap Misteri Alam Bunian
Oleh: IstanaNagaEmas

Siapa dia Bunian?



Bunian ialah sejenis Jin perempuan yang jasadnya sama seperti manusia dan kebanyakannya terdiri dari golongan bangsawan Jin. Mereka juga dikenali sebagai puteri Jin kerana rupa paras yang cantik dan kaya..



Menurut sumber yang terpecaya dari alam jin; (dari Seorang Ulamak Jin yang hidup dari zaman Nabi Idris A.S.)  Bunian mula wujud pada zaman Nabi Idris Alaihissalam iaitu apabila berlakunya perkahwinan Syafir (Manusia) dan Nur (puteri Jin). Bermula saat itu, puteri-puteri keturunan mereka dipanggil Bunian. Pada Zaman Nabi Sulaiman A.S. Nabi Sulaiman A.S. telah berkahwin dengan ratu Balqis yang merupakan seorang bunian yang hidup sezaman dengan Daud A.S.

Dalam keturunan bunian, Bunian adalah gelaran bagi perempuan sementara lelaki dipanggil Raja. Ketua keluarga mereka pula dipanggil Sultan. Mereka semua dipanggil Bunian kerana perhatian/tumpuan terhad Bunian mendominasi perhatian terhadap sultan dan raja. sedangkan maksud asal bunian adalah gelaran bagi perempuan/puteri.



Kehidupan mereka amat mewah dimana mereka tinggal di dalam mahligai / istana yang besar, mempunyai dayang2 dan pengawal2 istana yang ramai..
Pekerjaan Bunian sama seperti manusia. Ada yang berniaga, pengusaha ladang2 besar, doktor, dan lain2..




Jenis-jenis Bunian
1.
    1.    Bunian  Mayang Salingan



Ciri2 Bunian Mayang Salingan :
  • Tidak suka menari tetapi suka menyanyi, barang kemas dan bersolek.
  •  Kebanyakkan adalah beragama kristian. Hanya segelintir sahaja yangberagama lain dairi kristian. sekiranya Bunian Salingan memeluk Islam, maka panggilan terhadap mereka bukan lagi salingan tapi Lipur Biru.
  • Dari segi pakaian pula, Bunian Salingan suka tidak mempunyai pakaian khusus tertentu, tetapi kebanyakannya berpakaian gaun moden dan seksi.
  • Dari segi tempat tinggal, mereka tidak tinggal ditempat yang khusus tetapi berada diserata tempat; dalam hutan, sekitar rumah dan di dalam rumah manusia.
  • Dari segi kekuatan/kuasa, biasanya Bunian Salingan lebih kuat dari yang lain.
  • Bagi yang agak nakal/ jahat ,mereka suka menyamar dan menjelma untuk menakut-nakutkan manusia. Pontianak dan langsuir adalah antara penyamaran Bunian Salingan..
  • Kebanyakan bunian jenis ini adalah dari keturunan diraja/ bangsawan.



2.    Bunian  Lipur Biru

Ciri2 Bunian Lipur Biru
  • Bunian yang keseluruhannya  beragama Islam dan lebih alim dan warak berbanding yang lain.
  •  Suka menari terutama apabila mendengar lagu ulik mayang.,boleh dikatakan setiap kali lagu ulik mayang diperdengarkan, maka datanglah bunian lipur biru menari-nari ditempat itu.
  • Mereka juga sangat suka barang kemas dan bersolek
  •  Tidak mempunyai pakain yang khusus. Tetapi  memakai pelbagai fesyen pakaian yang menutup aurat; seperti jubah, baju kebaya. Ramai juga dikalangan mereka yang suka berpurdah/niqob. Tidak dinafikan juga, ada sesetengah mereka yang tidak bertudung atau memakai pakaian yang tidak menutup aurat sebagaimana segelintir Manusia muslim pada hari ini.
  • Dari segi tempat tinggal, mereka suka tinggal di kawasan sungai  dan berbatu, dalam barang2 perhiasan, batu2 permata seperti zamrud, akik sulaiman dan lain-lain lagi.
  • Kebanyakan bunian jenis ini adalah dari keturunan diraja/ bangsawan.


3.    Bunian  Sinar Batangan

Ciri-ciri Bunian Batangan


  • Mekakai pakaian yang pelbagai terutama yang seksi-seksi.
  • Bunian jenis ini suka bermain buaian, memakai perhiasan yang cantik2.
  • Semuanya bukan Islam; seperti kristian, hindu, budha  dan ada juga yang pagan (tiada agama)
  • Mereka suka tinggal di tunggul2 kayu atau batang2 kayu tertentu..seringkali juga dijumpai kediaman mereka pada perhisan rumah yang diperbuat daripada kayu spt, almari, jam, kerusi, katil dan lain-lain.
  • Bunian jenis biasanya tidak berkahwin, tetapi suka mengamalkan seks bebas.
  • Bunian jenis inilah yang paling ramai melakukan kejahatan dan penyamaran untuk menakut-nakutkan manusia. Contoh penyamaran mereka; Pontianak, langsuir , pochong dan sebagainya.
  • Latarbelakang ekonomi bunian jenis ini pula agak pelbagai; ada yang kaya, sederhana dan miskin. 
  • Sebagaimana Bunian Salingan apabila masuk Islam dipanggil bunian Lipur Biru, begitulah juga dengan bunian sinar batangan ini, sekiranya mereka memeluk Islam , mereka juga dipanggil Bunian Lipur Biru.

PERHATIAN!



Kadang-kadang Bunian suka membina Istana di barang2 perhiasan atau cenderamata yang dijual di kedai-kedai cenderamata  seperti, rehal kayu bentuk kotak, lampu tidur, Barang2 perak, tembaga dan lain2 barang..

bersambung...... 


IstanaNagaEmas

[4/7/2011]







KEHIDUPAN BUNIAN

Tempoh Mengandung

Seperti jin2 lain, bunian mengambil masa yang singkat untuk mengandungkan anak mereka. Kalau manusia secara normalnya selama 9 bulan 10 hari. Sementara bunian pula hanya mengambil masa 2 hingga 3 minggu masa manusia sahaja untuk melahirkan anak mereka. Ini bermakna dalam satu tahun manusia, bunian mampu mengandungkan dan melahirkan anak beberapa kali.


Tempat kediaman Bunian

Kehidupan seharian manusia pula sama seperti manusia,berniaga, bercucuk tanam, dan lain2..Bagi Bunian Lipur Biru dan Salingan, Kebanyakan mereka tinggal di dalam istana-istana yang besar dan berpakaian serba indah. Sementara Bunian batangan, Kebanyakannya hidup sederhana dan segelintir mereka tergolong dalam kalangan miskin.


Kenderaan Bunian

Sebagaimana manusia mempunyai kenderaan, begitulah juga bunian mempunyai kenderaan yang hampir sama dengan manusia. Mereka ada yang membawa lori, bas, kapal, kereta, motorsikal dan lain-lain. Timbul persoalan disini, bukankah jin itu boleh terbang dan hilangkan diri? Jawabnya Ya! Kebanyakan mereka boleh terbang dan hilangkan diri tetapi ada sebahagian mereka yang tidak boleh terbang apatah hilangkan diri  dan terpaksa membawa kenderaan sebagaimana manusia.
Disamping itu, bunian menggunakan kenderaan sebagai kenderaan rasmi mereka sama ada sebagai raja atau pemimpin kerajaan.
Tak kurang juga yang mengambil kesempatan menumpang kenderaan manusia yang menuju destinasi yang sama dengan mereka. Bagi manusia yang tidak mengetahui tabiat sebenar mereka, mereka akan merasa takut dan menggelabah bila mendapati ada jin yang menumpang mereka.
  
JIN/BUNIAN BERSAYAP

Jin bersayap merupakan salah satu jenis jin yang tinggal di atas udara; dibalik2 awan dan sehingga melepasi atmosfera bumi. Jin bersayap jarang turun ke permukaan bumi.. melainkan segelintir sahaja dikalangan mereka (yang menjadi khadam manusia).
Kebiasaannya, jin bersayap tidak memijakkan kaki di bumi kerana boleh menyebabkan mereka menjadi cepat lemah.
Sayap mereka boleh dibuka dan dipasang mengikut kehendak mereka. Penulis pernah bertanya kepada mereka; adakah mereka merasa sakit semasa membuka sayap mereka? Mereka menjawab tidaklah terlalu sakit. Ianya hanya seperti membuka saletape yang melekat dikulit kita.
Jin-jin bersayap yang tinggal jauh diudara jarang membuka sayap mereka. Yang selalu membuka sayap mereka kebanyakannya jin/bunian bersayap yang tinggal bersama manusia dipermukaan bumi.
Jin jenis ini adalah yang terkuat dari jin2 biasa yang lain. Jin Muslim bersayap biasanya susah dilihat oleh jin2 fasiq atau kafir..hanya Jin yang soleh sahaja yang boleh melihat jin bersayap..Bentuk rupa  jin bersayap adalah sama dengan manusia, cuma mempunyai sayap.
Seperti jenis jin2 lain..Jin bersayap ada yang muslim dan ada yang kafir…umur mereka pula sama dengan jin2 yang lain, boleh sampai ribuan tahun. Tetapi bunian bersayap umurnya sama dengan bunian yang tidak bersayap.

Antara kelebihan Jin/bunian bersayap:
1.    Mempunyai sayap dimana ia boleh terbang lebih jauh dan lebih pantas berbanding dengan jin-jin yang tidak bersayap.

2.    Syaitan/jin2 jahat akan terbakar apabila jin  bersayap yang muslim melintasi atau melaui  kawasan mereka.

3.    Jin bersayap boleh melihat roh-roh jin atau roh-roh manusia yang biasanya tidak dapat dilihat oleh jin2 biasa.

Antara amalan utama Jin muslim bersayap ialah Bacaan Al-Quran dan zikir, khususnya zikir 7.

Bagi sesiapa yang dapat menembusi alam jin, zikir 7 ada tercatat di dalam muzium Jin di Kelantan. Untuk makluman, Kelantan merupakan ibu negara Jin Malaysia sehingga tahun 2009.  Kedudukannya adalah di Kampug Laut, Tumpat Kelantan. Tapi di alam jin mereka bukan menamakan tempat itu Kampung Laut, tetapi Kampung Kapal Laut!
Bermula awal tahun 2010 ibu negara jin Malaysia telah berpindah ke Sabah..


UMUR BUNIAN
Umur kaum bunian lebih pendek berbanding umur jin yang lain. Antara sebabnya adalah kerana mereka telah terikut umur manusia kerana mereka juga berketurunan manusia.


PERIHAL KEMATIAN BUNIAN

1.      Jin Kafir (bukan Islam)   :
 Jasad jin tersebut akan terbakar  dan meninggalkan abu atau hilang begitu sahaja. Ada juga sebahagian mereka yang tidak terbakar dan perlu dikebumikan.

2.      Jin Muslim yang Fasiq  : 
Sebahagian Jin Muslim yang fasiq akan terbakar apabila mati. tetapi ada sebahagiannya terbakar sebahagian badan dan mencair sebahagian badan yang lain mengikut tahap amalan mereka..

3.      Mukmin Soleh              : 
Bagi mukmin yang soleh, ada dua keadaan juga iaitu; 
Pertama             : Jasad jin   tersebut akan cair dan hilang.
Kedua  :Ada juga yang tidak cair dan  perlu dikebumikan sebagaimana manusia muslim.

Memandikan Jenazah
Jin yang mencair tidak perlu dimandikan sebab keadaannya yang cair dan hilang tidak mengizinkan untuk dimandikan. Sementara itu, bagi jin yang tidak mencair pula, perlu dimandikan & dikafankan sebagaimana manusia.


Solat Jenazah
Dalam permasalahan solat jenazah pula, Jin yang mencair disolatkan ditempat dia meninggal/solat ghaib. sementara bagi jin yang tidak mencair, dia perlu disolatkan sebagaimana manusia meninggal..Bagi manusia yang ingin turut menyembahyangkan jenazah, mereka perlu melakukan solat jenazah ghaib.

Memakamkan jenazah
Jin yang tidak mencair dan hilang, perlu dikebumikan sebagaimana manusia muslim dikebumikan.


PERIHAL KEMATIAN JIN


Sekadar perkongsian ilmu & pengalaman..

Firman Allah SWT yang bermaksud: 



"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati' Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (Allah)"..(Surah Al-Ankabut:57)

Ayat ini jelas membuktikan kepada kita bahawa mahu tidak mahu, kita manusia dan setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kerana berpindah ke alam yang seterusnya dalam perjalanan menuju akhirat. Pada kali ini penulis ingin mengupas dengan ringkas tentang perihal kematian jin.

Perihal kematian Jin

1.     Jin Kafir (bukan Islam) : 

 Jasad jin tersebut akan terbakar  dan meninggalkan abu atau hilang.

2.     Jin Muslim yang Fasiq  :

Sebahagian Jin Muslim yang fasiq akan terbakar apabila mati. tetapi ada sebahagiannya terbakar sebahagian badan dan mencair sebahagian badan yang lain mengikut tahap amalanmereka..

3.     Mukmin Soleh              :  

Bagi mukmin yang soleh, ada dua keadaan juga iaitu; 
Pertama       : Jasad jin   tersebut akan cair dan hilang.
Kedua       : Ada juga yang tidak cair dan  perlu dikebumikan sebagaimana manusia muslim.

Mandi Jenazah

Jin yang mencair tidak perlu dimandikan sebab keadaannya yang cair dan hilang tidak mengizinkan untuk dimandikan. Sementara itu, bagi jin yang tidak mencair pula, perlu dimandikan & dikafankan sebagaimana manusia. 

Solat Jenazah

Dalam permasalahan solat jenazah pula, Jin yang mencair disolatkan ditempat dia meninggal/solat ghaib. Sementara bagi jin yang tidak mencair, dia perlu disolatkan sebagaimana manusia meninggal..Bagi manusia yang ingin turut menyembahyangkan jenazah, mereka perlu melakukan solat jenazah ghaib sekiranya dia tidak nampak jenazah tersebut. Sekiranya dia nampak, hendaklah dia solat sebagaimana jenazah hadir. 


Memakamkan jenazah

Jin yang tidak mencair dan hilang, perlu dikebumikan sebagaimana manusia muslim dikebumikan..

Wallahu a'lam


IstanaNagaEmas
[5/7/2011]



JIN ‘ASYIQ

Jin Asyiq adalah gelaran bagi jin yang jatuh cinta atau suka kepada manusia sama ada jin jantan suka pada manusia perempuan atau jin betina jatuh cinta pada manusia lelaki..ataupun suka kepada kaum sejenis (homoseks@lesbian). Jin asyik akan menjadikan manusia yang dia cintai itu sebagai kekasihnya atau teman hidupnya dalam keadaan manusia tersebut tidak mengetahuinya.



PUNCA BERLAKUNYA JIN ASYIQ



Terdapat banyak faktor timbulnya jin asyik pada diri seseorang. Antaranya:


  1. Selalu suka bersendirian tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah
  2. Wajah atau perawakan manusia yang cantik atau tampan yang mempesonakan sesiapa saja yang melihatnya.
  3. Terpesona dengan budi bahasa dan akhlak seseorang.
  4. Tidak menjaga aurat walaupun bersendirian.
  5. Terlalu lama  di dalam bilik air/ tandas.

TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI JIN ASYIQ



1.       Selalu merasa tidak  puas hati pada pasangan

2.       Kurang terangsang apabila melakukan persetubuhan dengan pasangan.

3.       Terbayang wanita @ lelaki lain apabila bersama pasangan.

4.       Terasa sakit pada kemaluan secara tiba-tiba.

5.       Sentiasa bergaduh dengan pasangan.

6.       Selalu bermimpi gadis @ lelaki yang  tidak dikenali.

7.       Terasa seperti disentuh atau dibelai.

8.       Tidak suka kepada lelaki / wanita baik yang ingin berkenalan dengannya.

9.       Menjauhkan diri dari aktiviti keagamaan.



CARA MENGHINDARI JIN ‘ASYIK


1.   Rajin menuntut ilmu khususnya yang berkaitan dengan jin supaya dapat mengetahui dengan lebih awal tanda2 gangguan jin.
2.       Selalu membaca al-Quran dan rajin berzikir
3.       Mengamalkan zikir pagi dan petang.
4.       Elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang menjadi faktor timbulnya jin Asyik.
5.       Menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.

IstanaNagaEmas
     [21/9/2011  21:45]


TOYOL  
Asal usul toyol

Toyol hakikat sebenarnya bukanlah satu jenis dari jenis jin.
Tetapi ia merupakan penyamaran dari dua kelompok jin berikut 
iaitu:
1.    Anak jin biasa
2.    Jin gua yang berwarna hijau. Kebanyakan toyol adalah berasal dari penyamaran jin jenis ini.

Bagaimana toyol boleh terjadi

1. Toyol terjadi akibat di puja  setiap hari dengan bacaan2 khurafat yang membolehkan toyol mengikuti kemahuan tuannya..bayi yang mati dipuja dan disimpan di dalam bekas tertentu seperti botol. Maka dengan itu datanglah anak-anak jin biasa yang nakal menyamar menjadi toyol. Dan sedia berkhidmat dengan syarat-syarat tertentu.

2.  Toyol juga boleh terjadi melalui perbuatan ilmu hitam yang mendalam oleh tukang sihir..biasanya, toyol dari perbuatan ini berasal dari jin-jin gua yang berwarna hijau.


Antara kelemahan toyol:

1.  Jarum       : Letakkan jarum di salah satu tempat di dalam dompet. Awas! Jangan sampai tertusuk jari sendiri pulak.

2.  Beras            : Letakkan beras di dalam dompet 3, 4, atau 5 biji beras. Sekiranya dia terpegang, maka boleh menyakitkan bahkan boleh membunuh mereka. Khususnya beras yang telah dibaca ayat ruqyah sekurang-kurangnya selawat.

3.    Garam        : Letakkan garam di 1 pek @ kertas kecil kemudian masukkan ke dalam dompet. Jika toyol terkena atau termakan garam, tubuhnya akan melecur seperti terkena api panas.

4.    Toyol juga sensitif kepada cahaya yang terang, khususnya cahaya matahari,ini kerana jin gua yang berwarna hijau sangat sensitif dengan cahaya. Pancaran atau sinaran cahaya boleh melemahkan dan menyakitkan mereka. Bahkan kekadang boleh membunuh mereka. Sebab itulah jin gua tersebut sentiasa berada di dalam gua atau tempat yang gelap seperti di atas siling rumah, di bawah rumah dan tempat-tempat gelap yang lain. Tapi sekiranya toyol itu adalah asalnya anak-anak jin biasa, maka cahaya tidak member apa-apa kemudharatan kepada mereka.

Cara menangkap toyol

1. Menangkap toyol melalui alam ghaib. Iaitu dengan menggunakan khidmat khadam. Cara yang paling senang.

2.    Menangkap toyol melalui orang yang berkebolehan dalam ilmu perubatan, khususnya perubatan Islam. Tidak semua perawat Islam mampu melakukannya kecuali melalui khadam-khadam mereka.

Cara membunuh toyol

Ada beberapa kaedah untuk membunuh toyol:
1. Menggunakan khidmat khadam Jin..dengan cara ini, toyol tersebut ditangkap oleh khadam dan kemudiannya dibunuh.

2.    Meletakkan garam di dalam makanan toyol. Iaitu dengan cara mencampurkan garam ke dalam darah ayam atau darah ikan dan diletakkan ditempat tertentu yang diyakini sebagai laluan toyol.

3. Bagi yang dapat melihat toyol dengan jelas, dia boleh menangkap toyol dengan tangannya yang disertai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

4.    Mengenali jenis toyol tersebut , kemudian menggunakan cara yang menjadi kelemahannya sehinggalah ia mati.
                                     
                                         

                                         JIN ‘ASYIQ

       Jin Asyiq adalah gelaran bagi jin yang jatuh cinta atau suka 
kepada manusia sama ada jin jantan suka pada manusia 
perempuan atau jin betina jatuh cinta pada manusia lelaki.. 
ataupun suka kepada kaum sejenis (homoseks@lesbian). 
Jin asyik akan menjadikan manusia yang dia cintai itu sebagai 
kekasihnya atau teman hidupnya dalam keadaan manusia 
tersebut tidak mengetahuinya.


PUNCA BERLAKUNYA JIN ‘ASYIQ

Terdapat banyak faktor timbulnya jin asyik pada diri seseorang. Antaranya:
1.    Selalu suka bersendirian tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah
2.    Wajah atau perawakan manusia yang cantik atau tampan yang mempesonakan sesiapa saja yang melihatnya.
3.    Terpesona dengan budi bahasa dan akhlak seseorang.
4.    Tidak menjaga aurat walaupun bersendirian.
5.    Terlalu lama  di dalam bilik air/ tandas.


  
TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI JIN ASYIK

1.    Selalu merasa tidak  puas hati pada pasangan
2.    Kurang terangsang apabila melakukan persetubuhan dengan pasangan.
3.    Terbayang wanita @ lelaki lain apabila bersama pasangan.
4.    Terasa sakit pada kemaluan secara tiba-tiba.
5.    Sentiasa bergaduh dengan pasangan.
6.    Selalu bermimpi gadis @ lelaki yang  tidak dikenali.
7.    Terasa seperti disentuh atau dibelai.
8.    Tidak suka kepada lelaki / wanita baik yang ingin kenalan dengannya.
9.    Menjauhkan diri dari aktiviti keagamaan.


CARA MENGHINDARI JIN ‘ASYIK

1.    Rajin menuntut ilmu khususnya yang berkaitan dengan jin supaya dapat mengetahui dengan lebih awal tanda2 gangguan jin.
2.    Selalu membaca al-Quran dan rajin berzikir
3.    Mengamalkan zikir pagi dan petang.
4. Elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang menjadi faktor timbulnya jin Asyik.
5.    Menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.





SAKA

  

APA ITU SAKA?

Saka ialah makhluk halus ; Jin atau roh jahat yang 
menjadi pegangan seseorang yang diwarisi sejak turun temurun 
berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh orang pertama yang 
memiliki makhluk halus tersebut..


JENIS-JENIS SAKA

Di sini saya bahagikan saka kepada dua jenis berdasarkan 
agama saka tersebut iaitu; saka Muslim dan Saka Kafir. Saka 
muslim terbahagi kepada dua iaitu saka muslim yang thiqah 
dan saka yang  fasiq.

Ada sebahagian saka meresap masuk ke dalam badan tuannya 
dan sebahagian yang lain hanya berada di samping tuannya 
sahaja.

Orang melayu kebiasaannya membahagikan saka berdasarkan 
penyamaran dan kebolehan jin / makhluk halus 
tersebut..sebagai contoh; saka hantu raya, saka harimau, saka 
bidan, anak kerak  dan sebagainya.




TUJUAN PENGAMBILAN SAKA

Kebiasaannya saka diambil untuk mencapai kehendak tuannya 
berdasarkan kemampuan atau kemahiran saka tersebut. Antara 
tuluan atau matlamat orang yang mengambil saka:

1.    Untuk tujuan ilmu mempertahankan diri
2.    Untuk kecantikan
3.    Untuk Menjadi tukang ubat atau bomoh
4.    Untuk pelaris perniagaan
5.    Untuk Menjadi kaya dengan menipu atau mencuri harta orang lain.
6.    Untuk menjaga kebun, rumah dan sebagainya.



JIN MATA TIGA

  Jin mata tiga terkenal di alam jin dengan jolokan keturunan Dajjal. Kedudukan mata mereka adalah satu di dahi, satu di pipi kiri dan satu lagi di pipi kanan. Tapi hakikatnya tidak semuanya jahat. Diantara mereka ada yang mukmin dan ada yang kafir.Tapi kebanyakan mereka adalah kafir. Tidak kurang juga dikalangan mereka yang tidak mempunyai agama (Atheis).


   Jin mata tiga adalah jenis jin yang taraf pendidikannnya sangat rendah kerana tiada kesedaran dikalangan mereka tentang kepentingan pendidikan. Disebabkan hal yang demikian, kebanyakan mereka terlibat dengan jenayah seperti menyamun, membunuh dan sebagainya. Mereka juga sering dipergunakan oleh bomoh-bomoh manusia untuk melakukan sihir atau gangguan terhadap mangsa-mangsa bomoh tersebut.


Perkara ini dipandang serius oleh pihak Khalifah. Pihak Khalifah telah mengeluarkan arahan agar satu usaha yang serius dilakukan untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. Mereka perlu disedarkan tentang betapa pentingnya pendidikan. supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah seperti jin-jin yang lain. Dengan demikian, masalah gejala sosial di kalangan mereka dapat dibendung sedikit demi sedikit.

PARI-PARI


Pari-pari menurut istilah nusantara merupakan jin kerdil 
yang wujudnya sangat kecil tetapi mempunyai 
banyak kelebihan. Pari-pari berasal dari jin biasa tetapi 
sifatnya yang kerdil telah membezakan mereka dengan jin-
jin biasa yang lain. Sebagaimana halnya manusia ada 
orang kerdil, begitulah juga jin. Sebahagian mereka ada 
yang bersaiz kerdil.

Pari-pari hidup disekitar manusia..meskipun saiz badannya 
kecil, tetapi bau harumnya semerbak dan boleh dihidu oleh 
kebanyakan manusia, cuma tidak semua manusia 
dapat melihat mereka. Orang yang 'lemah semangat' 
mudah rasa pening dan sakit kepada bila melanggar pari-
pari atau ditegur mereka. Pari-pari ada yang muslim dan 
ada yang kafir.

bersambung....