قال تعالى

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam!
" Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa ; tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
[Surah Al-Baqoroh: 163]

Thursday, February 17, 2011

Wali

Maksud wali?

Wali berasal daripada bahasa Arab, waliyun iaitu orang soleh yang ketaatannya terus menerus kepada Allah ,tanpa diselang-seli perbuatan maksiat.
Wali menurut Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam kitabnya Jami’ al-Karaamat Al-Auliya’, dari segi bahasanya adalah dekat.
Apabila seseorang dekat kepada Allah, disebabkan ketaatan dan keikhlasannya, dan Allah pun dekat kepadanya dengan melimpahkan rahmat, kebaikan dan kurniaan-Nya, maka pada saat itu terjadilah perwalian iaitu orang itu dinamakan wali.
Allah melindungi mereka, sehingga mereka tidak perlu berasa khuatir terhadap diri mereka. Allah mengurniakan mereka berbagai-bagai kelebihan yang tidak diberikan kepada hamba-hambaNya yang lain, berupa kejadian atau peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal sebagaimana Allah mengurniakan mukjizat kepada Nabi dan Rasul-Nya. Sehubungan dengan hakikat wali ini, Allah SWT berfirman dalam surah Yunus, ayat 62-64 yang bermaksud:
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat  (janji-janji) Allah, yang demikian ituadalah kemenangan yang besar.”
Perbezaan antara kewalian dan kenabian
Dalam masalah ini, An-Nursi menentang sebarang pegangan yang cuba meletakkan martabat wali lebih tinggi dari martabat nabi.
Sesungguhnya kewalian tidak boleh menandingi kenabian mahupun martabah suhbah yang diperoleh oleh para sahabat Rasulullah SAW.
Martabat Suhbah diperoleh hasil pergaulan yang intim bersama Junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak mungkin dicapai oleh martabat kewalian apatah lagi untuk mengatasinya. Keyakinan salah ini membawa kepada tanggapan bahawa wirid-wirid tarikat itu lebih utama dari bacaan al-Quran, atau zikir-zikir yang diajar melalui sunnah Nabi SAW.
Perkara sedemikian diperakui oleh Imam Al-Ghazali, Imam Al-Rabbani, dan lainnya, bahawa mengikuti sunnah Nabi SAW , Allah SWT lebih menerima zikir Nabi daripada amalan seribu wirid dan akhlak khusus dalam tasawuf.

Adakah wujud wali-wali Allah dikalangan wanita?
Mengikut pendapat Syeikh Abd Halim Mahmud 2/386, tiada tegahan adanya wali-wali Allah di kalangan wanita. Sebagai contoh Mariam A.S. ,begitu juga isteri firaun termasuk isteri-isteri dan puteri Rasulullah SAW.
Mengenal Wali
Persoalan;Bagaimana orang biasa seperti kita dapat mengenal pasti wali Allah, sedangkan kewalian merupakan rahsia antara hamba dengan Tuhannya?
Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim dalam Abjadiyah At-Tasawuf berkata:
“Kewalian mempunyai sifat dan alamat tertentu, siapa yang menemui segala alamat ini maka ia termasuk wali Allah seperti firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 196 yang bermaksud;
“ Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (al-Quran), dan Dialah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”
Daripada syarat kewalian ialah sempurna akal dan faqih dengan agama Allah.
Banyaknya pengikut tidak menunjukkan atas hakikat kewalian, bahkan boleh membawa kepada fitnah dan bala. Kerana Iblis juga mempunyai pengikut yang lebih ramai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.