قال تعالى

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
" Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa ; tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
[Surah Al-Baqoroh: 163]

BLOG INI ADALAH TENTANG MISTERI ALAM JIN DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

Wednesday, December 30, 2015

MAJLIS GRADUASI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ISTANANAGAEMAS

Semalam 29 Disember 2015, Selasa telah diadakan Majlis Graduasi bagi pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran bagi tahun 2015. Majlis diadakan di kampus Kundasang. Bermula pukul 8.00 malam dan berakhir jam 12.00 tengah malam. Maahad Tahfiz yang ditubuhkan di bawah naungan dan tajaan istana khalifah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Dimana pada ketika ini jumlah pelajar dari seluruh negara berjumlah lebih 30000 orang pelajar. 

Semua pelajar ditaja penuh oleh khalifah. Dalam majlis semalam seramai 2000 orang pelajar telah tamat hafaz Al-Quran 30 Juzuk. Dengan usaha ini mudah mudahan lebih ramai jin2 muslim seluruh dunia yang hafaz Al-Quran. Bilangan kampus Maahad Tahfiz Istananagaemas di Sabah sebanyak 3 buah kampus; di Kundasang, Bundu Tuhan dan Felda Sahabat Lahad Datu.

GEMPA BUMI ALAM JIN DI SABAH

Pada hari ini tanggal 28 Disember 2015, Isnin, telah berlaku gempa bumi besar di Sabah yang mengorbankan ramai nyawa dan memusnahkan harta benda. Gempa bumi yang berlaku di alam jin ini berlangsung selama 20 minit tanpa henti. Kali ini gempa berlaku secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda awal yang mengakibatkan banyak kemusnahan. Dimana tiada sebarang persediaan dapat dilakukan.

Monday, September 7, 2015

Pada hari ini 5 September 2015 telah diadakan Majlis ulangtahun pertabalan sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia bagi alam jin dan juga ulangtahun pertabalan sebagai Khalifah alam jin.
Majlis diadakan di bandaraya Kota Kinabalu.

Thursday, August 27, 2015

Catatan peribadi

Pada malam ini, bersamaan hari Isnin 24 Ogos 2015, telah berkunjung menziarahi saya 60 Jin muslim bersayap yang tinggal jauh diangkasa lepas. Disamping itu, lebih kurang 200 arwah para solihin dan kaum kerabat saya juga datang menziarahi sempena majlis doa untuk mereka semua.